Tuesday 18 February 2014

Batu Jed

Assalamualaikum..

Hai uolls.. This entry, aku nak story sikit tentang Batu Jed. Aku tak taw kenapa aku suka sangat kat batu jed nie. Maybe sebab cantik.. Orang kata, time beli gelang jed, jangan pilih kerana cantik. Ambil yang memang hati kita minat dan mahukannya kerana itu petanda batu jed tersebut memang sesuai dengan kita.. Aku pun tak taw kesahihannya. 

Okey, batu jed nie majority diguna pakai oleh kaum cina kerana ia adalah lambang kepercayaan mereka. Bagi kaum cina setiap batu jed ada maksudnya yang tersendiri. Antaranya adalah kemuliaan, keindahan, maruah, ketinggian taraf, kesihatan dan mengelak annasir jahat. Selain tu, batu nie jgk dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemiliknya. Kajian sains dan teknologi, jed terdiri daripada unsur galian silika yang berlainan dan kaya dengan zink, kalsium, natrium, aluminium dan magnesium serta bahan-bahan kimia lain yang diperlukan bagi kesihatan manusia. Menurut kajian sains dan teknolgi juga, bagi mereka yang selalu memakai jed, bahan-bahan kimia tersebut dapat menyerap ke dalam tubuh pemakai menerusi kulit. Ia berkesan bagi menyeimbangkan fungsi organ penting dalam badan sehingga dikatakan dapat merawat penyakit. 

Dari apa yang aku baca, batu jed juga dapat menerima cahaya matahari pada siang hari dan mengeluarkan sinar itu pada waktu malam. Mengikut penyelidikan perubatan tradisional China, cahaya itu berfungsi merangsang sistem kolateral badan untuk menjaga kesihatan manusia. Bagi warga emas yang selalu memakai gelang jed, gelang ini dikatakan boleh mengurut pergelangan tangan mereka. Bukan saja membantu memulihkan daya penglihatan warga tua, malah membuatkan mereka berasa semangat. 

Berdasarkan dari buku perubatan purba China, jed boleh dikemam dalam mulut untuk membantu merawat penyakit perut, paru-paru dan kerongkong. Ia juga dikatakan baik bagi menjaga rambut dan mengekalkan semangat. Batu jed nie pun ade sekurang-kurangnya 106 jenis batu yang dikatakan boleh dimakan atau disapu untuk merawat penyakit. 

Batu jed yang agak murah adalah batu yang senang dijumpai. Manakala batu jed yang mahal pula adalah yang sukar dijumpai. Senang citer limited edition.. hahaha. Setakat nie itu sajelah yang aku taw..


Gelang jed kepunyaan aku

Thank you 4 reading this entry !

3 comments:

  1. hehe thanks uyun (^ ^)..berguna sgt..byk news baru yang aku tak taw..wau siap bleh buat ubat lg...hrm de x batu jed y dijual oleh orang islam? aku nak try beli satu..untuk bubuh dalam mulut n telan (6 6) mwahaha

    ReplyDelete
  2. setakat nie aku xjumpa lgi org islam yg jual.. hahaha lau ko telan kompom sihat walafiat.. haha

    ReplyDelete