Thursday 29 May 2014

Sesuatu Yang Merunsingkan!!

Assalamualaikum...

Hai.. Lama tak update entry. Busy sikit sejak kebelakangan ni. This entry, aku nk story sikit tentang masalah yg aku hadapi sekarang ni. Masalah kesan2 jerawat dimuka.

My face is very sensitive. Pantang kena habuk mula la gatal-gatal. So, banyak la kesan2 jerawat kat muka aku ni. Yg merunsingkan aku, macam2 product aku try tak berkesan and sesuai dengan muka aku ni. Ade satu product ni berkesan jugak la, tapi problem ye product tu banyak chemical. Kulit muka aku jadi merah2. Sekarang nie aku jadi fadeup dengan product. Dah hampir 2 month aku tak pakai apa2 product.

Sekarang ni bila aku tak pakai apa2 product, aku jadi stress plak tengok kesan2 jerawat kat muka aku ni. Bila tengok cermin macam mimpi ngeri plak. Uolls boleh tolong aku tak camna cara nak hilangkan kesan2 jerawat ni. Any suggestion? Help me....

Nie la kesan2 jerawat tu. Jelas kau..


 See, perbezaan my face dgn kawan aku yg agak sengal ni.


Tuesday 18 February 2014

Batu Jed

Assalamualaikum..

Hai uolls.. This entry, aku nak story sikit tentang Batu Jed. Aku tak taw kenapa aku suka sangat kat batu jed nie. Maybe sebab cantik.. Orang kata, time beli gelang jed, jangan pilih kerana cantik. Ambil yang memang hati kita minat dan mahukannya kerana itu petanda batu jed tersebut memang sesuai dengan kita.. Aku pun tak taw kesahihannya. 

Okey, batu jed nie majority diguna pakai oleh kaum cina kerana ia adalah lambang kepercayaan mereka. Bagi kaum cina setiap batu jed ada maksudnya yang tersendiri. Antaranya adalah kemuliaan, keindahan, maruah, ketinggian taraf, kesihatan dan mengelak annasir jahat. Selain tu, batu nie jgk dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemiliknya. Kajian sains dan teknologi, jed terdiri daripada unsur galian silika yang berlainan dan kaya dengan zink, kalsium, natrium, aluminium dan magnesium serta bahan-bahan kimia lain yang diperlukan bagi kesihatan manusia. Menurut kajian sains dan teknolgi juga, bagi mereka yang selalu memakai jed, bahan-bahan kimia tersebut dapat menyerap ke dalam tubuh pemakai menerusi kulit. Ia berkesan bagi menyeimbangkan fungsi organ penting dalam badan sehingga dikatakan dapat merawat penyakit. 

Dari apa yang aku baca, batu jed juga dapat menerima cahaya matahari pada siang hari dan mengeluarkan sinar itu pada waktu malam. Mengikut penyelidikan perubatan tradisional China, cahaya itu berfungsi merangsang sistem kolateral badan untuk menjaga kesihatan manusia. Bagi warga emas yang selalu memakai gelang jed, gelang ini dikatakan boleh mengurut pergelangan tangan mereka. Bukan saja membantu memulihkan daya penglihatan warga tua, malah membuatkan mereka berasa semangat. 

Berdasarkan dari buku perubatan purba China, jed boleh dikemam dalam mulut untuk membantu merawat penyakit perut, paru-paru dan kerongkong. Ia juga dikatakan baik bagi menjaga rambut dan mengekalkan semangat. Batu jed nie pun ade sekurang-kurangnya 106 jenis batu yang dikatakan boleh dimakan atau disapu untuk merawat penyakit. 

Batu jed yang agak murah adalah batu yang senang dijumpai. Manakala batu jed yang mahal pula adalah yang sukar dijumpai. Senang citer limited edition.. hahaha. Setakat nie itu sajelah yang aku taw..


Gelang jed kepunyaan aku

Thank you 4 reading this entry !

Monday 10 February 2014

Back to the old hobby !!

Assalamualaikum...

Hi! Lama x update entry nie.. Almaklumlah, sejak berkerjaya nie busy sikit.. huhu.. Opsttt terlebih sudah..

Xde pe benda pun sebenarnya story yang best.. Tapi aku tetap nak post entry n share ngan korang.. haha.. Kesengalan sudah..

Huhu nie la kesengalan bila di ofis..

Okey, aku nak share ngan korang yang aku dah beli buku nie.. huhu.. "Cerita Cinta AHMAD AMMAR".. Dah lama xmembaca nie.. Back to the old hobby.. Bila dah membaca xingat ape dah.. huhu.. Rindu plak moment time study.. Membaca sama2 roomate sampai ke subuh.. Time tu memang jadi burung hantu la.. Malam berjaga, siang membuta.. haha



Okey, start story "Cerita Cinta AHMAD AMMAR".. Memang menyentuh hati dan perasaan aku bila baca buku nie.. Tarasa kehilangannya seorang "Tokoh Muda" yang baru memulakan perjuangan, tetapi berhenti kerana telah dijemput oleh PenciptaNya.. Allahhuakbar..!! Seorang anak muda yang baru berumur 20 tahun tetapi kotak pemikirannya melangkaui umurnya dan anak muda yang mencintai tamadun dunia.. Aku bangga giler arr dengan parent Ahmad Ammar sebab sangat cekal dan terima akan kehilangan anak lelaki tunggal yang sangat dikasihi. Ibu Ahmad Ammar berkata "dia redha kehilangan Ammar kerana Ammar pergi bertemu PenciptaNya dalam keadaan syahid dan sempurna". Allahhuakbar..!! Sungguh luhur hati seorang ibu..

Tak dapat aku luahkan dengan kata2. Jika sahabat2 sekalian mahu tahu lebih lanjut tentang Tokoh Muda Islam ini, bolehlah dapatkan naskah ini di buku.karangkraf.com

Nie antara koleksi buku terbaru aku.. huhu

Wasalam..

Thank you 4 reading!