Thursday 3 January 2013

wedding!

Salam!

Hi !! Best yer kalau dah bernikah kan. Kemana2 ada teman yg sentiasa bersama kita dlm susah or senang. Hurmm agak2 bila jodoh aku nak sampai eyh?? OMG I'm 22 years old.. Opstt, jangan kalut nurul. Relaxxx.. Slow2. Jodoh ade di mana2. Cewahh relax kunun. Padahal dah gelabah tahap meroyan, hati meronta2. hahaha teruk giler kau nurul. Anak sape nie? Anak wak sahak! haha ! Ok, close! Bukan hal aku nie aku nk story. Tapi...

Haa hal nie la.. Pada 23 Disember yg lepas aku balik kampung, attend wedding Zaidi, teman aku main guli, basikal, mercun dll time kecik2 dulu. Alhamdulillah.. Dah selamat menikah kau edy. Congratulation ! Nie 1st time aku attend dari mula majlis sampai habis. haha, jangan tak percaya aku bekerjasama dengan makcik2 gotong-royong masak. Tapi, hakikatnya uolls kena percaya jugak. Almaklumlah, sudah mencapai lingkungan umur optimum, so, kena berbaik2 dgn makcik2 nie. Kalau tak nanti wedding aku makcik2 nie tak nak masak. huaaa.


Opst, tak ade pic aku buat kije. Nie jer yg dapat aku snap.Busy. See, mak aku pon rajin tau. Khusyuk  n tawaduq lagi. hihihi


Nie la teman aku tu, edy. Wife dia soleha, orang sama kampung dengan kami. tettttttttt. Pengapit lelaki tu pon kawan aku. Itu pon tak lama lagi akan mengikuti jejak langkah edy.






hahaha inilah masa yg ditunggu2. MELARAM !! Yg baju bunga2 tudung krim tu kakak aku, kak long. Yg baju purple dengan merah tu kakak ipar aku, kak aina dengan kak sal. Yg budak kecik 2 org tu anak buah aku, ajiq n ajim. Yg nenek tu aku tak tahu dia siapa, dia pon nak join sekali. Layan.. Ahaaa yg baju color kontra (biru n kuning) tu akulah.. hihihi


Kepada pasangan nie aku nk ucapkan "Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma waljama'a bainakuma fi khaiir." Opsstt, macam penah dengar jer ayat nie. Ofkos lah uolls, lagu part chorus Maher Zain, yg bermaksud: "Semoga diberkati oleh Allah bagi kamu berdua dan diberkati atas kamu berdua dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan." Amin..

Thank you 4 reading!