Thursday 29 May 2014

Sesuatu Yang Merunsingkan!!

Assalamualaikum...

Hai.. Lama tak update entry. Busy sikit sejak kebelakangan ni. This entry, aku nk story sikit tentang masalah yg aku hadapi sekarang ni. Masalah kesan2 jerawat dimuka.

My face is very sensitive. Pantang kena habuk mula la gatal-gatal. So, banyak la kesan2 jerawat kat muka aku ni. Yg merunsingkan aku, macam2 product aku try tak berkesan and sesuai dengan muka aku ni. Ade satu product ni berkesan jugak la, tapi problem ye product tu banyak chemical. Kulit muka aku jadi merah2. Sekarang nie aku jadi fadeup dengan product. Dah hampir 2 month aku tak pakai apa2 product.

Sekarang ni bila aku tak pakai apa2 product, aku jadi stress plak tengok kesan2 jerawat kat muka aku ni. Bila tengok cermin macam mimpi ngeri plak. Uolls boleh tolong aku tak camna cara nak hilangkan kesan2 jerawat ni. Any suggestion? Help me....

Nie la kesan2 jerawat tu. Jelas kau..


 See, perbezaan my face dgn kawan aku yg agak sengal ni.


Tuesday 18 February 2014

Batu Jed

Assalamualaikum..

Hai uolls.. This entry, aku nak story sikit tentang Batu Jed. Aku tak taw kenapa aku suka sangat kat batu jed nie. Maybe sebab cantik.. Orang kata, time beli gelang jed, jangan pilih kerana cantik. Ambil yang memang hati kita minat dan mahukannya kerana itu petanda batu jed tersebut memang sesuai dengan kita.. Aku pun tak taw kesahihannya. 

Okey, batu jed nie majority diguna pakai oleh kaum cina kerana ia adalah lambang kepercayaan mereka. Bagi kaum cina setiap batu jed ada maksudnya yang tersendiri. Antaranya adalah kemuliaan, keindahan, maruah, ketinggian taraf, kesihatan dan mengelak annasir jahat. Selain tu, batu nie jgk dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa kesejahteraan hidup kepada pemiliknya. Kajian sains dan teknologi, jed terdiri daripada unsur galian silika yang berlainan dan kaya dengan zink, kalsium, natrium, aluminium dan magnesium serta bahan-bahan kimia lain yang diperlukan bagi kesihatan manusia. Menurut kajian sains dan teknolgi juga, bagi mereka yang selalu memakai jed, bahan-bahan kimia tersebut dapat menyerap ke dalam tubuh pemakai menerusi kulit. Ia berkesan bagi menyeimbangkan fungsi organ penting dalam badan sehingga dikatakan dapat merawat penyakit. 

Dari apa yang aku baca, batu jed juga dapat menerima cahaya matahari pada siang hari dan mengeluarkan sinar itu pada waktu malam. Mengikut penyelidikan perubatan tradisional China, cahaya itu berfungsi merangsang sistem kolateral badan untuk menjaga kesihatan manusia. Bagi warga emas yang selalu memakai gelang jed, gelang ini dikatakan boleh mengurut pergelangan tangan mereka. Bukan saja membantu memulihkan daya penglihatan warga tua, malah membuatkan mereka berasa semangat. 

Berdasarkan dari buku perubatan purba China, jed boleh dikemam dalam mulut untuk membantu merawat penyakit perut, paru-paru dan kerongkong. Ia juga dikatakan baik bagi menjaga rambut dan mengekalkan semangat. Batu jed nie pun ade sekurang-kurangnya 106 jenis batu yang dikatakan boleh dimakan atau disapu untuk merawat penyakit. 

Batu jed yang agak murah adalah batu yang senang dijumpai. Manakala batu jed yang mahal pula adalah yang sukar dijumpai. Senang citer limited edition.. hahaha. Setakat nie itu sajelah yang aku taw..


Gelang jed kepunyaan aku

Thank you 4 reading this entry !

Monday 10 February 2014

Back to the old hobby !!

Assalamualaikum...

Hi! Lama x update entry nie.. Almaklumlah, sejak berkerjaya nie busy sikit.. huhu.. Opsttt terlebih sudah..

Xde pe benda pun sebenarnya story yang best.. Tapi aku tetap nak post entry n share ngan korang.. haha.. Kesengalan sudah..

Huhu nie la kesengalan bila di ofis..

Okey, aku nak share ngan korang yang aku dah beli buku nie.. huhu.. "Cerita Cinta AHMAD AMMAR".. Dah lama xmembaca nie.. Back to the old hobby.. Bila dah membaca xingat ape dah.. huhu.. Rindu plak moment time study.. Membaca sama2 roomate sampai ke subuh.. Time tu memang jadi burung hantu la.. Malam berjaga, siang membuta.. haha



Okey, start story "Cerita Cinta AHMAD AMMAR".. Memang menyentuh hati dan perasaan aku bila baca buku nie.. Tarasa kehilangannya seorang "Tokoh Muda" yang baru memulakan perjuangan, tetapi berhenti kerana telah dijemput oleh PenciptaNya.. Allahhuakbar..!! Seorang anak muda yang baru berumur 20 tahun tetapi kotak pemikirannya melangkaui umurnya dan anak muda yang mencintai tamadun dunia.. Aku bangga giler arr dengan parent Ahmad Ammar sebab sangat cekal dan terima akan kehilangan anak lelaki tunggal yang sangat dikasihi. Ibu Ahmad Ammar berkata "dia redha kehilangan Ammar kerana Ammar pergi bertemu PenciptaNya dalam keadaan syahid dan sempurna". Allahhuakbar..!! Sungguh luhur hati seorang ibu..

Tak dapat aku luahkan dengan kata2. Jika sahabat2 sekalian mahu tahu lebih lanjut tentang Tokoh Muda Islam ini, bolehlah dapatkan naskah ini di buku.karangkraf.com

Nie antara koleksi buku terbaru aku.. huhu

Wasalam..

Thank you 4 reading!


Thursday 14 March 2013

Latihan Industri

Assalamualaikum. 

Now, aku dah menamatkan zaman student. Dah 3 minggu aku habis dari LI (Latihan Industri). So, aku nak story ckit bab time aku LI. Huaaa memang syok arr.. 

Okey, start story. Time LI, aku LI kat MiMBAR Selangor, seksyen 20 shah alam. MiMBAR nie company memberi pinjaman. Hurmm, senang cite, MiMBAR nie die bagi pinjaman tanpa faedah kepada peniaga2 kecil dalam bandar area selangor yg pendapat kurang dari RM1500. If uolls nak taw lebih lanjut, uolls search www.mimbarselangor.org 

3 months aku LI. Syok arr, layan.. Mcm2 experience aku lalui, banyak knowledge yg aku dapat. Member2 opis ok, sporting. Senang cite ley buat gangs arr. Aku di tempatkan kat department it/multimedia. 1st time join meeting, perghh excited + takut. Kena panggil dgn bos ke depan, kenalkan diri kat depa semua, huhh ! ketaq2 lutut ceq na.  

After 1bulan setengah, aku dipinjamkan ke department data. 1st time buat data, memang best arr.. Masuk minggu ketiga, perghh memang bosan. hahaha. Mana tak ye, ary2 ngadap komputer buat benda yg sama jer.. Nak tersembul bini mata. haha. Genap 2bulan aku LI, company buat team building, this time trip to langkawi. Syok abis la. Haaa, time trip ni la aku start rapat dgn dak2 department yg lain. 2 minggu sebelum aku last LI, aku buat kutipan. 1st week, aku buat kat area puchong dengan amir. 2nd week, area lembah subang dengan en.zulfakar. Penat giler lah. Nasib baik aku tak giler. hahaha

my gangs. hehe








opsstt. malu plak.. hehe

huhuhu <3


Tanggal 22/2/2013 last day aku LI. Gangs aku kat opis belanja makan Ayam Penyet Ria kat City Alam Mall. Thank you to echa, kak amy, kak nina, kak wafi n kak fizah coz celebrate my last day at MiMBAR. Miss uolls lah.. Terbaik !

Thank you 4 reading this entry !

Thursday 3 January 2013

wedding!

Salam!

Hi !! Best yer kalau dah bernikah kan. Kemana2 ada teman yg sentiasa bersama kita dlm susah or senang. Hurmm agak2 bila jodoh aku nak sampai eyh?? OMG I'm 22 years old.. Opstt, jangan kalut nurul. Relaxxx.. Slow2. Jodoh ade di mana2. Cewahh relax kunun. Padahal dah gelabah tahap meroyan, hati meronta2. hahaha teruk giler kau nurul. Anak sape nie? Anak wak sahak! haha ! Ok, close! Bukan hal aku nie aku nk story. Tapi...

Haa hal nie la.. Pada 23 Disember yg lepas aku balik kampung, attend wedding Zaidi, teman aku main guli, basikal, mercun dll time kecik2 dulu. Alhamdulillah.. Dah selamat menikah kau edy. Congratulation ! Nie 1st time aku attend dari mula majlis sampai habis. haha, jangan tak percaya aku bekerjasama dengan makcik2 gotong-royong masak. Tapi, hakikatnya uolls kena percaya jugak. Almaklumlah, sudah mencapai lingkungan umur optimum, so, kena berbaik2 dgn makcik2 nie. Kalau tak nanti wedding aku makcik2 nie tak nak masak. huaaa.


Opst, tak ade pic aku buat kije. Nie jer yg dapat aku snap.Busy. See, mak aku pon rajin tau. Khusyuk  n tawaduq lagi. hihihi


Nie la teman aku tu, edy. Wife dia soleha, orang sama kampung dengan kami. tettttttttt. Pengapit lelaki tu pon kawan aku. Itu pon tak lama lagi akan mengikuti jejak langkah edy.






hahaha inilah masa yg ditunggu2. MELARAM !! Yg baju bunga2 tudung krim tu kakak aku, kak long. Yg baju purple dengan merah tu kakak ipar aku, kak aina dengan kak sal. Yg budak kecik 2 org tu anak buah aku, ajiq n ajim. Yg nenek tu aku tak tahu dia siapa, dia pon nak join sekali. Layan.. Ahaaa yg baju color kontra (biru n kuning) tu akulah.. hihihi


Kepada pasangan nie aku nk ucapkan "Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma waljama'a bainakuma fi khaiir." Opsstt, macam penah dengar jer ayat nie. Ofkos lah uolls, lagu part chorus Maher Zain, yg bermaksud: "Semoga diberkati oleh Allah bagi kamu berdua dan diberkati atas kamu berdua dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan." Amin..

Thank you 4 reading!

Wednesday 5 December 2012

tidAk seMudAh yg Aku sAngkA

Assalamualikum. Hei, guys.. Lama xupdate entry. Uolzz sihat?? Aku alhamdulillah sihat n syukur masih bernafas lagi ketika ini. But, I busy la.. huhu. Huurrmmm, aku ada story nak share ngan korang. Now, aku dah masuk alam pekerjaan n menamatkan zaman pelajar.. yuhuuuu hehehe. Oppssstttt. Jgn hepy sgt cik nurul oi.. Blm graduate lagi n keja tetap. U still student praktikal ok! huhh, sedar diri! "kepala mendongak, mata pandang ke atas, tangan di dada". hahaha.
Ni yg aku nk share ngan korg. Selama ni aku sangka, alam bekerja adalah alam yg sgt2 best, relax n not complicated. But, aku salah. Bila kita dah rasa, baru kita tahu alam bekerja adlah alam yg sgt busy, stress n complicated. Sampaikan kita kna berkorban masa. Spend time at office.. Rupa2 ye zaman pelajar dulu, zaman yg paling syokkk n relax.. Tak stress mcm skrg.. Baru aku sedar. Arrggghhhh rindu ye zaman pelajar.. :( So, hargailah setiap masa yg ada n sesuatu yg kita lalui krn setiap manusia yg inginkan kesenangan n kejayaan dunia akhirat tidak mudah.. Don't give up ok.. Chill jer... Okey la babe. Ni jer yg dpt aku share.. Wasalam.

Sunday 12 August 2012

IHYA’ RAMADHAN DI PERKAMPUNGAN ORG ASLI SG. BULUH.


Hye guys. Selamat berpuasa. Sempena Bulan Ramadhan nie aku ada join 1 program “Ihya’ Ramdhan di Perkampungan Orang Asli” yang dianjurkan oleh PERKIM. Ini program 1st yg aku join dari PERKIM. Program nie berlangsung selama 2 hari pada 4-5 Ogos 2012(Sabtu & Ahad). Kami pergi 1 bas. 5 org peserta dari UNIKL. Yg lain dari KUIS.

Aku & Farah dpt family angkat dari keluarga non-muslim. Life family angkat aku btl2 life org asli. But aku xtinggal ngan family angkat aku tu coz keadaan rumahnya xmengizinkan kami tinggal disitu. Hari 1st, aku rehat2 n mandi2 kat rumah mama. Salah satu family angkat yg terlibat. Mmg best dpt mndi kat rumah mama. 1st time mandi air bukit. Perghh segar giler. Sejukkk.. Aku rasa happy sgt2 bila sampai kg tu. Nyaman, indah & tenang. Sungai yg tenang, bersih & air yg jernih. Kg yg tidak tercemar lagi.

inilah mak angkat aku n ni rumah dia.

antara aktiviti kanak2 di kg ni.





Ptg tu kami ada buat 1 slot “Praktikal solat”. Kami ajar cara2 solat pada kanak2 di kg itu. Time tu kami rasa sedih sgt sbb ramai knak2 tu xtaw cara solat. Malah ada juga yg xtaw waktu2 solat & xtaw solat fardu ada brapa. Di kesempatan itu, kami diamanahkan tuk mengajar mereka. Alhamdulillah berkat kesabaran dlm waktu yg singkat, kami telah mengajar mereka perkara yg penting dlm solat. Antaranya cara bagaimana solat, niat solat & ayat yg perlu dibaca.






Mlm nya aku berpindah ke rumah daddy. Daddy antara family angkat yg terlibat. Aku happy sgt bila sampai rumah daddy. Rumah daddy cantik sgt2. Belakang rumah daddy ada sungai. Kwsan rumah daddy penuh dgn landscape. Pokok2 bunga daddy cantik sgt. Ada pondok utk ruang rehat. Ada jgk beranda di blakang rumah daddy bersebelahan dgn sungai. Mlm tu lepas solat terawih, kami melepak kat podok daddy sambil mkn mangga muda. Lepas tu aku ngan kwn2 bwk brg2 kami kt beranda. Sbb mlm tu kami nak tido kat beranda. Haha. Masa kami kemas brg2, daddy pasang unggun api dekat dgn beranda tu. Lepas kemas2 brg, kami cari udang kat sungai dgn daddy. Kami cari udg jam 12.00 a.m. Huhuhu kerja giler. But happy sgt2. Lpas tu kami bakar udg kat unggun api yg daddy pasang. Selesai mkn udg, masing2 penat. Haha. Apa lagi tido arr. Mlm tu kami tido bertemankan unggun api. J

halaman rumah daddy.



tangkap udang jam 12.00 a.m.

Esok pagi plak kami pergi mandi sungai. Kami pergi sungai ikut laluan lam sungai tu. Mmg penat. Sejuk giler.. Best sgt2. Yg xbest yer kaki aku ada pacat. Eiuuu… Geli… Sebelum kami berangkat pulang, kami buat 1 motivasi gejala remaja. Selesai motivasi, kami bersiap2 & berkemas2 tuk pulang ke kolej.

mandi sungai. huhu..


motivasi remaja.




Sementara kami menunggu bas sampai, kami berjln2 sambil cuci mata di kedai2 bunga yg ada di sekitar itu. Terasa mcm kat Cameron highland plak. Hahaa.













Inilah antara pengalaman aku yg sgt2 menarik & xmungkin akan dilupakan memory sepanjang program berlangsung. Ok la babe. Next time aku story lgi. Waslam. Selamat berpuasa & selamat menyambut hari raya aidilfitri yg bakal tiba lebih kurang 5 hari lagi. Wasalam...